"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cucu kejam rodok nenek hingga mati

Pulau Gaya: Hanya kerana gagal mendapatkan wang RM20, seorang cucu tergamak merodok perut neneknya 12 kali hingga mati di sebuah rumah di Kampung Lok Urai, dekat sini, jam 7.10 malam kelmarin.

Bagaimanapun, perbuatan kejam lelaki berusia 27 tahun itu terbalas apabila dia maut ditembak selepas cuba menyerang polis yang memujuknya supaya menyerah diri.

Dalam kejadian itu, mangsa, Mallina Udin, 75, mati serta-merta di tempat kejadian akibat parah di perut selepas ditikam menggunakan senjata tajam.

Menurut sumber, sebelum kejadian, suspek meminta wang daripada mangsa untuk membeli dadah, namun tidak diendahkan.

“Susulan itu, berlaku pertengkaran sebelum suspek menikam neneknya berkali-kali. Jiran mangsa yang menyedari kejadian meninjau apa yang berlaku dan terkejut mendapati mangsa terbaring berlumuran darah.

“Jiran mangsa kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian,” katanya, semalam.

Menurut sumber, sejurus polis tiba, suspek mengurung dirinya di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan dan enggan menyerah diri ketika diarah berbuat demikian.

Sumber berkata, bukan saja polis malah ahli keluarga suspek turut memujuknya supaya menyerah namun tidak diendahkan.

“Polis cuba menghampiri suspek tetapi lelaki terbabit bertindak agresif dengan cuba menyerang polis menggunakan senjata tajam. Polis tidak mempunyai pilihan selain melepaskan tembakan terhadap suspek.

“Mayat mangsa dan suspek dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat,” katanya
-hmetro-

Tiada ulasan: