"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pistol tu untuk tembak cicak kata penyanyi yang ditangkap kerana memiliki pistol

Penyanyi ditahan miliki pistol
Pistol1
Kuala Lumpur: “Biarlah saya berehat kerana nanti cerita yang keluar di sana sini tak seimbang. Biarlah ia sejuk dulu.

“Yang penting, saya dibebaskan selepas polis percaya dan berpuas hati dengan keterangan saya,” kata bekas vokalis kumpulan Ukays, Mohd Azmir Muhammad Yusuf atau Amir, 46, yang ditahan polis 1.45 pagi semalam kerana memiliki sepucuk pistol tiruan di Kampung Chubadak, di sini sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada 5 petang semalam.


Penyanyi yang popular menerusi lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp enggan mengulas lanjut dan mengakui segala-galanya kembali okay sekarang.

“Buat masa ini saya ingin tumpukan perhatian untuk latihan minggu kedua Gegar Vaganza,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pihaknya menunggu kertas laporan kes disiapkan untuk dihantar ke Jabatan Peguam Negara.


“Tindakan seterusnya terpulang kepada jabatan itu untuk memutuskan sama ada dia perlu didakwa di mahkamah atau sebaliknya,”katanya.


Difahamkan selepas ditahan Amir memberi alasan pistol tiruan itu digunakan untuk menembak cicak.
-hmetro-

Tiada ulasan: