"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pertemuan rahsia pembangkang dengan ahli Parlimen BN untuk tolak bajet 2016 didedahkan

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bersama ahli Parlimen pembangkang lain termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. Azmin mengakui wujudnya pertemuan rahsia di antara pembangkang dan ahli Parlimen Barisan Nasional bagi membincangkan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri. 

Beberapa pertemuan rahsia diadakan antara pemimpin pembangkang dan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sejak usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak heboh, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

The Star Online melaporkan, timbalan presiden PKR itu juga berkata, mesyuarat berkenaan adalah sebahagian daripada strategi untuk mendapatkan sokongan yang mencukupi bagi undi tidak percaya terhadap Najib.

"Ya, pertemuan. Beberapa pertemuan," beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan itu ketika ditanya sama ada pembangkang mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana ahli Parlimen BN untuk menyokong usul itu.

Bagaimanapun Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak, tidak mendedahkan berapa ramai ahli Parlimen daripada pembangkang dan BN yang akan menyokong usul itu, yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen hari ini.

"Saya tidak boleh mendedahkannya (berapa ramai) kini tetapi yang pasti ia sebagaimana diharapkan.

"Kita mesti mengambil kesempatan ini untuk meluahkan sentimen rakyat yang kita perlu kuat, kepimpinan baharu di Putrajaya," beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan itu.

Azmin juga dilaporkan berkata, beliau berharap ahli Parlimen BN akan mengambil peluang untuk turut serta dengan pembangkang menyokong usul itu.

Pada sidang media di Parlimen hari ini, Dr Wan Azizah berkata usul itu hanya berkaitan kehilangan keyakinan terhadap Najib dan bukan kerajaan.

Beliau berkata, percaya majoriti ahli Parlimen termasuk daripada BN sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan perdana menteri.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: