"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tuduh terima RM90 juta, PAS akan saman Husam

FMT Reporters  
PETALING JAYA: PAS hari ini bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Husam Musa yang menuduh parti Islam itu menerima dana RM90 juta daripada Umno.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan sekeras-kerasnya tuduhan jahat dibuat penasihat Amanah Kelantan itu.

“Fitnah jahat ini adalah sambungan rantaian fitnah yang pernah dibuat Sarawak Report yang kini dalam tindakan perundangan.

“PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya.

Husam menerusi satu klip video ceramahnya yang kini ditularkan melalui media sosial mendakwa PAS menerima wang RM90 juta daripada Umno seperti didedahkan Sarawak Report.

Beliau juga mendakwa wang itu disalurkan melalui sebuah bank tempatan, Affin Bank.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menambah pihak guaman parti itu juga diminta meneliti kenyataan dan tuduhan jahat dibuat Husam itu sebelum mengemukakan saman fitnah dalam masa terdekat

Tiada ulasan: