"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video: Gaduh dalam masjid


Masjid adalah rumah Allah dan tempat yang mulia untuk umat Islam di negara ini, namun tindakan individu yang melakukan perbuatan tidak selayaknya di dalam masjid sering terjadi.

Satu video yang sedang giat dikongsikan jelas menunjukkan tindakan individu yang memukul individu lain di dalam masjid tanpa mengetahui apakah punca sebenarnya keujadian itu berlaku.

Tidak cukup dengan memukul malah kata-kata kesat yang tidak sepatutnya diucapkan di dalam masjid juga kedengaran.

Tindakan individu tersebut cukup mendatangkan rasa marah para pelayar internet terutamanya yang beragama Islam.

Rata-rata netizen mahu tidakan diambil terhadap individu tersebut walau apa juga alasan beliau berbuat demikian.

Masjid adalah rumah Allah dan tidak sepatutnya ada pergaduhan berlaku di dalam masjid.

Tiada ulasan: