"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zahid bakal didakwa?

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka berdepan dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan menyeleweng dana yayasan.

Sumber SPRM berkata, beliau mungkin didakwa Khamis ini, dan sekiranya perkara itu benar, ia bererti beliau mungkin bermalam di lokap SPRM sendiri.

Bagaimanapun, dalam kenyataan di Twitter hari ini, Zahid berkata SPRM hanya akan mengambil keterangannya.

Zahid turut menasihatkan penyokongnya tidak berkumpul di hadapan bangunan ibu pejabat SPRM Rabu ini.

Julai lalu, Zahid disoal siasat dua kali oleh SPRM berhubung dengan Yayasan Akal Budi. Media melaporkan bahawa RM800,000 didakwa diseleweng dari yayasan itu untuk membayar kad kredit milik Zahid dan isterinya.

Zahid sebelum ini berkata dana dari yayasan kebajikan itu digunakan untuk membayar hutang kad kredit namun menambah bahawa ia terjadi kerana kesilapan pegawainya.

Sementara itu, satu lagi sumber yang rapat dengan perkara itu berkata Zahid mungkin akan berdepan pelbagai kesukaran kerana SPRM bukan saja menyiasat beliau dan keluarganya berhubung projek resort di Bagan Datuk, tapi juga sumber wang dalam akaun bank keluarganya.

April lalu, Bernama melaporkan Zahid melancarkan projek yang dikenali sebagai Resort Teedo yang menelan kos RM75 juta dalam majlis yang turut dihadiri oleh isteri dan anaknya.

Zahid bagaimanapun dipetik berkata bahawa projek berkenaan akan dilaksanakan tanpa menggunakan dana kerajaan.
-malaysiakini

Tiada ulasan: