"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tak rasmi: Rafizi menang di Pahang

PEMILIHAN PKR | Rafizi Ramli menang pengundi di Pahang dalam persaingannya dengan penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Rafizi dikatakan mendapat 2,383 undi mengalahkan Azmin yang memperolehi 2,298 undi.

Jika keputusan ini tepat, undi Azmin yang mendahului Rafizi secara keseluruhan akan berkurangan menjadi 92 undi.


Pemilihan PKR diteruskan esok di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Kemudian, pengundian bersambung semula pada 14 Oktober di Selangor.

Keputusan yang dikeluarkan setakat ini belum lagi muktamad.

Keputusan rasmi hanya akan diumumkan pada kongres PKR yang dijangka diadakan pada November depan.

Tiada ulasan: