"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ada orang kata saya nak ubah dunia

NIK MOHAMAD HASYUDEEN

Baru-baru ni jumpa kawan lama. Kita ceritalah pengalaman masing-masing. Bagi dia apa yang dia buat hanyalah apa yang perlu dibuat di dalam menjalani kehidupan. Dia kata “kamu lain, nak ubah dunia”.

Saya senyum sahaja. Teringat apa yang terjadi apabila mula-mula menjadi Ahli Majlis Institut Akauntan Malaysia. Ketika itu umur belum 40 tahun lagi. Saya menjadi Pengerusi, Jawatankuasa Amalan Awam. Banyak yang nak kena ubah. Tak sampai setahun dah kena makan ubat darah tinggi 🤫.

Memanglah sebagai seorang insan yang kerdil manalah kita mampu mengubah dunia. Apa yang akan terjadi kepada kita besok pun kita tak tahu, semuanya ketentuan Allah.

Tekanan darah akan normal dalam 20 menit dan selamanya!

Namun, ada satu hadis yang terkenal, berkenaan tindakan kita apabila melihat kemungkaran. Ada yang usaha untuk ubah dengan tangan, ada dengan mulut dan ada yang hanya benci di dalam hati. Ini adalah satu cabaran kepada kita semua, setakat mana kita boleh hidup senang dengan pelbagai perkara yang ada di sekeliling kita.

Kita semua adalah hamba Allah. Misi kehidupan kita ialah menjadi hambaNya. Kita juga dijadikan Khalifah. Kena mentadbir bumi ini mengikut apa yang Allah mahu. Jadi, kedua-dua tanggungjawab ini memberi makna kita tak boleh duduk diam. Di setiap suasana dan ketika, ada sahaja perkara yang kita kena buat berdasarkan di mana kita berada.

Apa yang membezakan di antara kita ialah perspektif yang kita ambil. Bila disebut mungkar contohnya, ada yang hanya nampak arak dan zina sahaja. Sebab tu mereka nak kanunkan hukum hudud. Selagi tak ada hudud, tak sempurnalah Islam. Itu betul.

Namun saya memilih untuk mencari punca masalah dan memperbetulkannya selagi mampu. Banyak masalah di zaman ini disebabkan kecelaruan kita di dalam memahami tanggungjawab kepimpinan.

Kepimpinan ni memerlukan orang yang bijak, berkemahiran, pandai berinteraksi dan berkomunikasi dan yang lebih penting, jujur dan amanah. Menjadi tok guru bukan kelayakan otomatik sebagai pemimpin. Ada yang hebat tetapi ada juga yang merapu.

Tidak kesemua perkara yang betul yang perlu dilakukan oleh seorang pemimpin itu popular dan tidak kesemua perkara popular yang dilakukan oleh pemimpin itu betul. Jadi, kita kena jujur kepada kebenaran dan melaksanakan apa yang betul walaupun tidak popular. Ini yang menyebabkan tekanan darah boleh jadi tinggi dengan cepat.

Jujur dan amanah tidak semestinya mempopularkan. Sebagai contoh, tugas utama orang yang ada kedudukan di dalam organisasi mahu pun negara ialah membentuk polisi dan strategi yang membawa kebaikan secara keseluruhannya. Ini bermakna, jika ada banyak hutang, tak bolehlah berbelanja macam hutang tu tak ada. Hutang tu kena dibayar, kalau tidak oleh kita, oleh orang selepas kita.

Masalahnya di zaman ini, orang tak mahu dengar tentang jimat cermat, nak supaya duit ditabur di sini sana walaupun jumlah hutang sudah mencecah trilionan Ringgit. Sebut jumlah hutang pun kena marah.

Jujur dan amanah juga menghalang kita untuk menyalahgunakan kuasa yang Allah pinjamkan kepada kita. Jadi, susah nak cari duit untuk salurkan kepada “perjuangan”. Macamana nak bayar perjalanan parti yang menjadi asas kepada “perjuangan” ini.

Menjadi jujur di dalam menjalankan amanah seperti yang dikehendaki oleh kedudukan yang ada bukan sahaja tidak popular di kalangan para pejuang tetapi di kalangan orang kampung juga. Tak boleh hulur banyak ketika kenduri kahwin.

Ringkasnya, masyarakat kita kini bercalaru walaupun ramai orang “berjuang” untuk agama dan bangsa. Selagi kekeliruan ini tidak ditangani, masyarakat kita akan terus jatuh ke dalam lubang yang lebih dalam. Sekarang pun kita sudah tenat.

Orang yang pecah amanah dinaikkan sebagai ketua dan dicium-cium tangannya. Apa lagi pertanda yang kita mahukan untuk menyedari krisis nilai dan budaya yang menyebabkan kita berada di dalam kedudukan negara sekarang ini?

Inilah yang saya mahu cuba ubah walaupun sekadar menulis di ruang yang kecil ini. Setiap kedudukan yang Allah pinjamkan kena digunakan sebaik mungkin untuk menyumbang kepada reformasi pemikiran dan beradaban. Buat semasa ada peluang sebab kita belum tentu dapat peluang yang lain. Kalau orang tak suka dan ketepikan kita, kita carilah ruang yang baharu.

Walaupun hari ini adalah hari pertama tahun 2022, misi kita bukannya baharu. Kita tetap hamba Allah dan perlu melaksanakan tanggungjawab kekhalifahan kita. Jom ubah dunia kepada yang lebih baik. 👌

Tiada ulasan: