"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

5 maut dalam nahas babit 2 kenderaan di Kluang

FMT Reporters

Anggota bomba dan penyelamat membantu mengeluarkan mangsa yang cedera dalam nahas meragut lima nyawa di Batu 13, Jalan Mersing-Kluang petang tadi. (Gambar Facebook Bomba)
PETALING JAYA: Lima termasuk dua kanak-kanak lelaki 11 tahun maut selepas kenderaan dinaiki dua kenderaan terbabit dalam nahas jalan raya di Batu 13 Jalan Mersing-Kluang, dekat Kluang, petang tadi.

Kejadian jam 4.40 petang itu membabitkan sebuah Perodua Myvi yang dinaiki lapan individu termasuk tiga kanak-kanak dan sebuah Honda Stream.

Menurut Berita Harian, kejadian turut mengakibatkan enam yang lain cedera tiga dari Perodua Myvi serta semua yang menaiki Honda Stream.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Mohd Shamsul Amri Mohd Shahab berkata, semua lima yang maut itu menaiki Perodua Myvi.

Mangsa yang maut adalah Masrina Kahdar, 21; Muhammad Zharfah Noramin, 16; Muhammad Syakir Noramin, 11; Mohammad Ashraf Radiq Abdullah, 11 dan Muhammad Adil Abdul Kadir, 23.

“Mayat semua lima mangsa terbabit diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Shamsul berkata, selain lima yang maut itu, tiga lagi yang berada di dalam kenderaan sama membabitkan dua dewasa dan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun cedera.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebuah jentera dengan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi bersama EMRS sejurus menerima panggilan.

“Tindakan operasi diambil untuk membantu mengeluarkan seorang mangsa di dalam Honda Stream menggunakan peralatan khas penyelamatan.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kluang menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut.

“Mangsa lain bagaimanapun dikeluarkan dengan bantuan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya.

Tiada ulasan: