"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr Abd Rani Osman, Bekas Adun PAS Selangor meninggal dunia

Malaysiakini
story-image

Bekas Adun Meru Dr Abd Rani Osman meninggal dunia pada pagi ini.

Pemergian bekas pesuruhjaya PAS negeri itu dimaklumkan menerusi akaun Facebook PAS Selangor hari.

“Pemergian beliau amat dirasai oleh kita semua kerana jasa dan pengorbanan beliau kepada rakyat di negeri Selangor sepanjang perkhidmatannya.

“Semoga keluarga beliau bersabar dan tabah menghadapi kehilangan ini dan didoakan rohnya bersama para pejuang dan solihin di akhirat kelak,” kata Ketua Dewan Ulama PAS Selangor Nushi Mahfodz dalam hantaran tersebut.

Difahamkan, Allahyarham yang meninggal dunia di usia 65 tahun itu meninggal dunia jam 5 pagi di Hospital Banting, Selangor.

Tiada ulasan: