"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rasuah: Walaun terkial-kial nak bersihkan diri

Malaysiakini
'Sumbangan orang awam pada pilihan raya tiada kaitan calon atau PAS'

Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin berkata sumbangan orang awam kepada pengundi semasa pilihan raya tiada kaitan dengan calon PAS atau parti itu.

Dia berkata demikian bagi mengulas kenyataan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang membidas Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana menyifatkan pemberian wang tunai ketika pilihan raya sebagai ‘sedekah’.

Menurut Khairil, Abdul Hadi ketika menjawab soalan media menyebut bahawa undang-undang pilihan raya tidak membenarkan calon dan wakil calon memberikan sumbangan kepada pengundi tetapi jika ada individu atau orang awam hendak memberikan sumbangan, ia terpulang kepada mereka sendiri.

"Adapun sumbangan orang awam tersebut tiada kaitan dengan calon, wakil calon atau PAS sebagai sebuah parti yang bertanding," katanya.

Menurutnya, PAS tidak pernah mengamalkan sebarang bentuk politik wang atau sogokan ketika pilihan raya.

"Adalah ditegaskan PAS tidak pernah mengamalkan sebarang bentuk politik wang atau sogokan rasuah kepada pengundi, berbanding pihak lain yang terkenal dengan amalan politik wang sama ada dalam pemilihan parti mahupun pilihan raya, dan tiada keabsahan moral untuk membangkitkan perkara ini,” katanya.

Kelmarin Abdul Hadi dilapor mempertahankan pemberian wang tunai semasa pilihan raya dan mendakwanya sebagai sedekah serta tidak melanggar peraturan pilihan raya.

"Ikut undang-undang pilihan raya, calon atau wakil calon tak boleh bagi, orang awam nak bagi sedekah terpulang kepada dia,” katanya dipetik sebuah portal berita.

Kenyataan itu dibidas Ahmad Zahid yang menyifatkan ahli parlimen Marang itu sebagai ‘hipokrit’.

“Kalau dia buat (dipanggil) sedekah, kalau kita (buat) dipanggil rasuah,” kata Ahmad Zahid.

‘Siasat sumber wang PAS’

Sementara itu Ahli Jawatankuasa Amanah, Faiz Fadzil pula berkata pengakuan sedekah yang diucapkan Abdul Hadi sudah cukup membuktikan bahawa wujud aktiviti pemberian wang oleh PAS kepada orang ramai semasa pilihan raya.

"Satu siasatan yang menyeluruh dan bebas perlu dijalankan bagi menyiasat sumber wang itu dan tujuannya. Penggunaan wang yang banyak oleh PAS ini bukan satu amalan yang betul, baik dari segi undang-undang mahupun moral, dan ia boleh mengelirukan orang ramai terutama generasi muda bahawa rasuah itu halal dan sah, asalkan berlapik dengan perkataan arab “sedekah”," katanya.

Dia juga mengulas dakwaan Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin bahawa pemberian wang ketika pilihan raya bergantung kepada niat seseorang itu.

"Dalam undang-undang, niat bukan dinilai daripada mulut pemberi, tetapi daripada bukti keadaan (circumstantial evidence) berdasarkan tempat, masa dan tujuan.

"Jikalau wang diberikan kepada seorang pengundi ketika tempoh pilihan raya oleh parti yang bertanding, tidak cukupkah ia sebagai satu niat sogokan?

"Hanya mahkamah yang akan menentukan perkara ini," kata Faiz yang juga Adun Permatang Pasir.

Tiada ulasan: