"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

3 lelaki ditahan rogol gadis 12 tahun

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis menahan tiga lelaki kerana disyaki merogol seorang gadis berusia 12 tahun secara bergilir-gilir di sebuah rumah di Batu Pahat, Johor kelmarin.

Menurut Harian Metro, mangsa dirogol suspek berusia 18 hingga 20 tahun itu selepas berkenalan menerusi media sosial.

Kata laporan itu lagi, seorang daripada suspek sudah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa sejak Julai lalu dan kejadian terakhir dilaporkan berlaku pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, kejadian itu diketahui oleh ibu mangsa yang kemudiannya bertindak membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Batu Pahat, Ismail Dollah berkata pihaknya menerima laporan ibu mangsa pada jam 3.35 pagi semalam.

“Susulan laporan itu polis menahan ketiga-tiga suspek di sekitar Batu Pahat.

“Semua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat bagi mendapatkan perintah tahanan reman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan: