"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MSO: UMNO gali liang lahad sendiri

Mohd Sayuti Omar 

Suatu masa dahulu orang² Umno marah dan geram dengan Mahiaddin yang dituduh hendak bunuh Umno. Penubuhan Bersatu adalah strategi untuk bunuh Umno.

Anwar Ibrahim pula mengakui kononnya dialah yang menahan dan membela agar Umno tidak dihapuskan. Akuinya Ummo mempunyai daya sentimental buat beliau dan orang Melayu kerana parti itu memperjuangkan kemerdekaan negara.

Malanya sebahagian orang² Umno tidak menerima pembelaan itu dan sentimemtal value yang dinyatakan Anwar itu langsung tidak dirasai dan dihayati. Orang Umno tidak punyai ingatan mendalam.

Kenapa dikatakan begitu, kerana sekiranya orang² Umno sayangkan partinya sudah tentu dalam pilihan raya semalam mereka tidak mengundi parti yang hendak kuburkannya sebalik undi PH dan calonnya sendiri.

Tindakan ahli Umno terutama di Tetengganu, Kelantan dan Kedah itu adakah tindakan menggali liang lahad untuk diri sendiri. Trims.

Tiada ulasan: