"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cerita panas dari Kedah, wanita lagi yang berani lawan

Harapandaily
Kerajaan negeri Kedah yang ditadbir Sanusi Md Nor dilihat semakin ditimbun pelbagai masalah dengan satu demi satu kontroversi.

Tular di media sosial perang mulut antara seorang lelaki berbaju batik warna hijau dengan kakitangan wanita yang dikatakan berkaitan kartel politik.

Tertera pada rakaman video yang dikongsi di TikTok, “apabila kartel daripada sebuah parti politik menguasai Lembaga Maktab Mahmud, Kedah”.

“Kartel ini mengawal projek-projek cawangan Maktab Mahmud di seluruh Kedah bernilai jutaan ringgit.

“Kartel ini sangat berkuasa sehingga boleh menukar, pindah, berhentikan, bekukan mana-mana staf sesuka hati mereka,” dipetik dari kapsyen video yang tersebar.

Lelaki berkenaan juga kedengaran menyebut, “Hang sampai pencen akan dok macam ni (tak akan naik pangkat dah).

Selain itu, dia yang juga mendakwa telah bekerja selama 18 tahun dengan suara tinggi menyoal, “siapa mahu lagi (kena buang)?”

Difahamkan, perempuan berkenaan diturunkan pangkat.

Untuk rekod, Lembaga Maktab Mahmud merupakan sekolah agama bantuan kerajaan dengan pengerusinya ialah Exco Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri Kedah mengambil alih Maktab Mahmud sudah lebih setengah abad melalui Enakmen Lembaga Maktab Mahmud Bil. 5 Tahun 1967.

Melalui Enakmen itu, pentadbiran Maktab Mahmud diletakkan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri dan diuruskan oleh Lembaga Maktab Mahmud.

Keanggotaan lembaga berkenaan adalah terdiri daripada seorang Pengerusi dan 10 orang ahli yang dilantik oleh Kerajaan Negeri atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.

Bidang kuasa lembaga itu meliputi perkara pentadbiran, perkhidmatan, kewangan, dan pengurusan pendidikan.

Lembaga Maktab Mahmud berkuasa membuat dasar, merancang pembangunan dan membuat keputusan berkaitan hal pentadbiran dan perkhidmatan, pengurusan kewangan, pembangunan dan pengurusan pendidikan Maktab Mahmud.

Sebelum ini, seorang kakitangan wanita Kedah Agro Holdings Berhad (Kedah Agro) antara yang berani melawan Menteri Besar Kedah sehingga diugut akan disaman oleh Sanusi.

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seorang wanita juga mempertahankan dakwaan beliau Sanusi mencuba pandu sebuah kereta pacuan empat roda di Pulau Pinang.

Beliau mempertahankan dakwaannya sehingga Sanusi mengaku bersalah dan membayar denda kerana melanggar PKP.

Tiada ulasan: