"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Profesor sains politik dari Portland State University dikecam mendakwa Malaysia mahu ‘Holocaust kedua’

Dakwa Malaysia mahu ‘Holocaust kedua’, ahli akademik AS dikecam

Jason Thomas

PETALING JAYA: Seorang ahli akademik dari Amerika Syarikat (AS) menerima kecaman ramai di media sosial selepas mendakwa Malaysia mahukan “Holocaust kedua” ketika menyampaikan ceramahnya di Universiti Malaya (UM).

Bruce Gilley, seorang profesor sains politik di Portland State University, menyampaikan ceramah bertajuk “Will Malaysia Become an Active Middle Power” di UM petang semalam – di mana beliau juga kononnya memperkecilkan hubungan Malaysia dengan AS.

“’Sebuah negara yang pemimpin politiknya menyokong Holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan menjadi pemain yang serius dalam hal ehwal dunia, dan sudah tentu tidak akan menjadi rakan atau rakan kongsi AS,’ daripada ucaptama saya semalam di KL mengenai dasar luar Malaysia ,” tulis Gilley di X.

“Ini mengingatkan kembali kepada nasihat Mahathir (bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad) supaya belajar daripada Jerman bagaimana cara menghapuskan bangsa Yahudi.

“Paling jelas, pada Oktober, menteri pertanian (dan keselamatan makanan) Mohamad Sabu menjanjikan satu demonstrasi bahawa ‘Israel akan dihapuskan tidak lama lagi’,” tambahnya.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan telah berulang kali mengutuk negara itu atas pelbagai serangannya ke atas Palestin, termasuk perang semasa di Gaza yang menyaksikan lebih 34,000 rakyat Palestin terbunuh dan 77,000 cedera sejak 7 Okt tahun lepas.

Mengulas catatan Gilley, bekas menteri luar Saifuddin Abdullah meminta Kementerian Luar dan UM memberikan butiran lanjut mengenai ceramah itu.

Pemangku Presiden Muda Amira Aisya Abd Aziz berkata catatan Gilley “benar-benar mengelirukan dan tidak boleh diterima”, sambil menambah bahawa kenyataannya menggambarkan sokongan Malaysia terhadap negara Palestin yang merdeka.

“Kita tidak pernah menyokong Holocaust kedua … Institusi akademik harus berhati-hati dalam menjemput penceramah dan pensyarah yang menyebarkan naratif pro-Zionis,” katanya dalam catatan di X.

Sementara itu, jurucakap UM yang diminta mengulas, memberitahu FMT bahawa universiti itu “sedang meneliti isu berkenaan”.

Manakala menerusi kumpulan WhatsApp Kementerian Pendidikan Tinggi untuk media, jurucakapnya berkata kementerian akan meneliti isu itu dan mengambil tindakan sewajarnya.

Tiada ulasan: