"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 ditahan ugut pemilik selepas enggan pulangkan kenderaan disewa

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

Ampang: Dua lelaki ditahan polis kerana disyaki mengugut seorang ejen insurans selepas tidak puas hati mangsa mahu mengambil semula kereta yang disewakan kepada mereka.

Kedua-dua suspek yang bekerja sebagai peniaga dan penghantar makanan berusia 29 serta 30 tahun itu ditahan di Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, tangkapan dilakukan susulan laporan yang diterima daripada lelaki berusia 34 tahun mendakwa diugut suspek.

"Pengadu membuat laporan pada jam 11.15 malam, 3 April lalu, mendakwa menghubungi seorang lelaki iaitu suspek pertama namun memutuskan talian selepas mendengar suara pengadu.

"Selang beberapa minit, pengadu menerima beberapa mesej di aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali mengugut pengadu dengan menghantar gambar api, parang, pistol selain mahu merosakkan kenderaan pengadu.

"Pengadu mengesyaki suspek atau rakannya merancang sesuatu untuk mengenakan pengadu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah yang menjalankan siasatan berjaya mengesan dan menahan dua suspek di Ara Damansara pada jam 2.15 petang kelmarin.

Beliau berkata, polis merampas dua telefon bimbit dan tujuh dokumen bagi membantu siasatan.

"Siasatan mendapati punca kejadian kerana pengadu memberi sewa kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard kepada suspek pertama dan mahu mengambil semula kenderaannya itu, namun suspek meminta bayaran daripada pengadu untuk kereta itu dikembalikan," katanya.

Katanya, semakan mendapati suspek pertama mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan satu dikehendaki polis manakala suspek kedua tiada rekod lampau.

Kata beliau, kedua-dua suspek direman empat hari bermula semalam sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan Seksyen 507 kanun sama.

Tiada ulasan: