"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menteri: Ada sindiket ugut syarikat minyak guna samseng

Anne Muhammad

PETALING JAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Armizan Mohd Ali mendedahkan terdapat syarikat stesen minyak menerima ugutan daripada sindiket tertentu.

Katanya, ugutan itu berlaku jika syarikat minyak terbabit tidak dibenar menjual diesel kepada kenderaan yang dilihat kerap mengisi bahan api itu.

“Jadi kita mahu menghalang perkara ini daripada terus jadi sistemik, penyeludupan terancang,” katanya dalam sidang media.

Beliau berkata, modus operandi sindiket itu “cukup kemas” kerana ada yang membuat ugutan dengan datang bersama gengster, samseng dan sebagainya.

“Sebab itu kita urus risiko itu, selain penguatkuasaan fizikal, kita urus risiko penyeludupan ini dengan tidak memberikan subsidi secara pukal di stesen minyak,” katanya.

Katanya, KPDN akan bekerjasama dengan polis dan syarikat stesen minyak bagi menangani isu berkenaan.

“Ini isu keselamatan dan ada antara stesen minyak memilih tidak membuat laporan kerana risau keselamatan diri, pekerja dan premis mereka, jadi kita tak boleh membiarkan perkara ini berlaku dan inilah aspek pengurusan risiko yang ingin kita laksanakan melalui penyelarasan semula subsidi,” katanya.

Menurutnya, melalui penyelarasan subsidi kelak, syarikat stesen minyak bebas daripada risiko untuk menghalang sindiket tertentu yang membeli diesel pada kadar subsidi untuk dijual kepada industri, sekali gus mengelak berlaku penyeludupan di luar sempadan negara.

Tiada ulasan: