"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sudah terbukti orang Rohingya di Malaysia ini bukan lagi pelarian kemanusiaan

Dua lelaki Rohingya ditahan, dalang pemalsuan slip permohonan kad UNHCR

Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my
RUZAANA (tengah) bersama pegawainya menunjukkan rampasan wang tunai RM140,000 daripada sindiket pemalsuan slip permohonan kad UNHCR pada sidang media di Kompleks Imigresen Negeri Kelantan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
RUZAANA (tengah) bersama pegawainya menunjukkan rampasan wang tunai RM140,000 daripada sindiket pemalsuan slip permohonan kad UNHCR pada sidang media di Kompleks Imigresen Negeri Kelantan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Kegiatan dua lelaki warga Myanmar memalsukan slip permohonan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) terbongkar selepas mereka ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Kelantan, kelmarin.

Dua lelaki berusia 28 dan 30 tahun itu yang juga etnik Rohingya ditahan di sebuah rumah sewa di Kampung Changgal, dekat Pasir Puteh, jam 2 pagi.

Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Kawalan), Ruzaana Mohamed berkata, turut dirampas wang tunai RM140,000 dan lima slip permohonan kad UNHCR palsu.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu dipercayai terbabit dengan sindiket mengeluarkan slip permohonan kad UNHCR palsu dengan bayaran RM2,000 bagi seorang.

"Pemeriksaan di dalam rumah oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menerusi Ops Sapu/Kutip menemui dua unit komputer riba milik suspek pertama yang berusia 28 tahun.

"Siasatan mendapati ada dokumen slip permohonan kad UNHCR yang dipercayai akan digunakan untuk mendapatkan kad UNHCR secara tidak sah dan teratur. Pemeriksaan selanjutnya menemui wang tunai RM140,000.

"Suspek pertama menetap di negara ini dengan menggunakan kad UNHCR dan dia mengaku pemilik komputer riba," katanya pada sidang media di Pejabat Imigresen di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu menjalankan kegiatan mengeluarkan slip permohonan kad UNHCR sejak tiga tahun lalu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, suspek pertama ditahan mengikut Seksyen 55 D Akta Imigresen 1959/63 (pemalsuan dan pindaan bagi pengendorsan atau dokumen) dan Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 (penduduk dilarang membenarkan imigran haram untuk masuk dan tinggal di premis).

Menurutnya, seorang lagi warga Myanmar ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan siasatan lanjut masih dijalankan sama ada lelaki itu menjadi pembantu kepada suspek pertama.

Pada perkembangan lain, Ruzaana berkata, pihaknya juga berjaya menahan seorang lelaki dan tiga wanita warga Myanmar kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 30 tahun. Kesemua mereka dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

"JIM Kelantan menggesa orang ramai supaya tampil menyalurkan maklumat mengenai pendatang asing tanpa izin (Pati) atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang," katanya.

Tiada ulasan: