"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pukul guru wanita, polis tahan rakan sekerja

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang guru lelaki ditahan kerana disyaki memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah dekat Kemaman semalam.

Ketua Polis Terengganu Mazli Mazlan berkata suspek 49 tahun itu ditahan di kuarters guru kira-kira 9.30 malam Ahad dan dibawa ke IPD Kemaman untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, penahanan itu menyusul laporan mangsa yang juga guru wanita di Balai Polis Air Putih pada 8.20 pagi semalam.

“Mangsa yang juga guru Bahasa Inggeris berusia 32 tahun memaklumkan ditumbuk dan disepak suspek di kawasan kantin sekolah pada 6.55 pagi,” katanya menurut Berita Harian selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-15 di Kuala Terengganu.

Beliau berkata, punca kejadian masih disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang guru wanita cedera dipukul rakan sekerja di sebuah sekolah rendah di Kemaman.

Tiada ulasan: