"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

EV kenderaan ‘pakai buang’ ?

Elak EV jadi ‘pakai buang’, pakar seru tubuh badan kaji penyelesaian
Chia Wan Rou
Kerajaan letak sasaran penjualan EV sebanyak 20% daripada jumlah tahunan kenderaan penumpang dan perdagangan baharu menjelang 2030. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Kerajaan disaran menubuhkan badan untuk terus mengkaji semua isu berkaitan kenderaan elektrik (EV) bagi mengelakkan ia jadi mesin ‘pakai buang’, antaranya kerana tidak tahan lama, kos atau kurang menyenangkan.

Penganalisis automotif, Hezeri Samsuri, yang menulis untuk laman kenderaan terkenal, berpendapat terdapat pelbagai ‘batasan’ yang masih belum selesai meskipun EV sudah digunakan di banyak negara.

Antara jadi perhatian ialah usia bateri dan kos kitar semula komponen itu yang terlalu tinggi, dan cara penyimpanan bateri ganti di pusat servis.

Selain itu kerumitan pengecasan dan pengambilan masa yang terlalu lama, serta kos pembinaan stesen pengecas EV jenis arus terus yang terlalu tinggi.

“Jika jarak gerak EV itu sudah terlalu singkat, pastinya harga terpakainya akan menurun dan pemilik selepas itu akan menanggung kos penggantian bateri yang masih tidak tahu jumlahnya,” kata Hezeri kepada FMT.

Selain itu, beliau menjangkakan harga EV yang tidak semurah kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) menyebabkan pengguna terpaksa mengambil pinjaman jangka masa panjang.

“Malaysia tidak boleh mengaplikasi cara pemilikan kenderaan di China, Eropah dan Amerika Syarikat memandangkan perbezaan harga kenderaan baharu dan kenderaan lama adalah besar dan kurang kemampuan pengguna tempatan untuk mengambil pinjaman jangka masa pendek,” katanya.

Hezeri berkata demikian susulan langkah kerajaan meletakkan sasaran penjualan EV sebanyak 20% daripada jumlah tahunan kenderaan penumpang dan perdagangan baharu menjelang 2030.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri di Dewan Rakyat memaklumkan kadar jumlah jualan tahunan mencecah 5.11% setakat September ini, berbanding 4.12% pada 2023.

Sementara itu, ahli akademik Chew Kim Loong dari Kolej Antarabangsa Despark berkata ramai orang yang berminat memiliki EV melihat kembali nilai jualan semula kenderaan itu.

“Kenderaan ICE telah wujud di pasaran melebihi satu abad dan ia boleh bertahan lebih daripada lima tahun,” katanya.

Chew berkata daya tahan kenderaan ICE membantu pemilik yang menanggung komitmen tinggi ekonomi semasa.

“Melainkan ada penyelesaian yang dapat menggantikan bateri EV dengan kos yang lebih rendah, jarak gerak yang lebih jauh, pengecasan pantas dan lebih banyak prasarana,” katanya.

Tiada ulasan: