Asrol Awang
am@hmetro.com.my
Kuantan: Ibu sarat mengandung lapan bulan bersama anak lelakinya berusia empat tahun yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah di Kampung Chendering di sini, semalam, ditemukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, Nur Nadia Mohd Zakaria, 29, dan anaknya ditemukan anggota polis KLIA, kira-kira 2 petang.
"Ibu dan anaknya itu kini di Balai Polis KLIA," katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Nur Nadia bersama anak lelaki yang dilaporkan hilang.
Nur Nadia yang menghadapi masalah kemurungan keluar rumah bersama anaknya menaiki kereta Perodua Axia berwarna biru gelap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan