"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MCMC rakam percakapan penuntut IPTA jual, muat naik video lucah bersama wanita dikenali

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) dikesan menjual dan memuat naik video lucah adegan sendiri bersama wanita dikenali di aplikasi X.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan pihaknya merakam percakapan lelaki terbabit bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Siasatan awal dilakukan mendapati kegiatan suspek itu bermula sejak 2021 dengan memuat naik semula kandungan lucah sedia ada yang dikongsi pengguna lain di aplikasi sama.

"Modus operandi suspek kemudian berubah kepada memuat naik dan menjual video lucah adegan sendiri bersama wanita dikenali hingga memperoleh lebih 100,000 pengikut di platform X," katanya.

Menurutnya, suspek menjadikan penjualan video lucah sebagai sumber pendapatan apabila memperoleh RM3,000 sebulan dengan anggaran harga sehingga RM150 bagi setiap video.

Katanya, kegiatan lelaki terbabit terbongkar hasil pemantauan dan risikan dijalankan oleh MCMC berdasarkan aduan awam.

"Hasil pemeriksaan di sebuah premis di Shah Alam, pasukan penguatkuasaan MCMC menyita satu telefon bimbit serta kad sim dipercayai milik suspek yang digunakan untuk memuat naik kandungan itu bagi membantu siasatan.

"Turut diambil keterangan adalah rakan suspek iaitu seorang wanita yang juga penuntut di sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS)," katanya.

Menurutnya, tindakan menjual video lucah adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

"Jika disabitkan kesalahan, suspek berdepan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga satu tahun atau kedua-duanya sekali.

"Orang ramai digesa untuk melaporkan sebarang kegiatan menyebar dan menjual kandungan lucah di sebarang platform media sosial kepada MCMC untuk tindakan lanjut," katanya.

Tiada ulasan: