"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

3 lelaki seludup senjata api, curi kenderaan ditembak mati

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis menembak mati tiga lelaki tempatan disyaki terbabit kegiatan penyeludupan senjata api dan mencuri kenderaan mewah di Jalan Changkat, Pulau Burung, Nibong Tebal.

Kejadian berlaku ketika operasi cegah jenayah oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pulau Pinang dan Bahagian Siasatan Jenayah Seberang Perai Selatan kira-kira 5.30 pagi tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad berkata polis pada mulanya menemui sebuah Honda Accord dan Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan.

Ketika memperkenalkan diri, beliau berkata, suspek tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan polis, menyebabkan mereka terpaksa membalas dengan beberapa das tembakan bagi mempertahankan diri.

Katanya, semua suspek berusia 30 hingga 42 tahun maut di tempat kejadian, manakala hasil pemeriksaan menemui sepucuk pistol semi auto, revolver serta 94 peluru 9mm, parang, kuku kambing, tukul besi dan peralatan mencuri kenderaan antara lain.

Hamzah berkata, semakan mendapati Honda Accord dipandu suspek dilaporkan hilang di Seri Kembangan, Selangor pada 2019, manakala Perodua Myvi tiada rekod hilang.

“Suspek pertama mempunyai 35 kesalahan jenayah lampau dan lapan kesalahan narkotik, suspek kedua mempunyai enam rekod jenayah, manakala suspek ketiga tiada sebarang pengenalan diri,” katanya menurut Berita Harian dalam sidang media di IPK Pulau Pinang.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek menyasarkan samun rumah dan mencuri kenderaan pikap untuk diseludup ke negara jiran.

“Sebelum kejadian, suspek dipercayai dalam perjalanan melakukan jenayah. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya sambil menambah 33 kes curi kenderaan dan samun membabitkan kerugian kira-kira RM4 juta berjaya diselesaikan.

Tiada ulasan: