Agensi
COOTE digantung tugas daripada mengadili perlawanan antarabangsa minggu ini. FOTO AFP
London: Dalam satu pendedahan video terbaru
yang mengejutkan, pengadil Liga Perdana Inggeris (EPL) David Coote didapati menyedut serbuk putih ketika mengadili perlawanan Euro 2024.
Video berdurasi lapan saat menunjukkan Coote menggunakan wang kertas dollar Amerika Syarikat (AS) yang digunakan untuk menyedut serbuk putih sepanjang empat inci yang kelihatan seperti serbuk kokain.
Coote, 42, digantung badan pengadil profesional (PGMOL) seminggu selepas video dia menghina bekas pengadil Liverpool, Jurgen Klopp tersebar.
Video terbaru yang tersebar semalam, dipercayai dirakam pada 6 Julai, sehari selepas suku akhir Euro 2024 membabitkan Perancis dan Portugal dimana dia bertugas sebagai pengadil VAR.
Susulan pendedahan video kontroversi itu, badan bola sepak Eropah Uefa mengesahkan Coote digantung daripada tugasnya daripada mengadili perlawanan antarabangsa minggu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan