BANGKOK: Trend ‘sewa isteri’ semakin menular di Thailand hingga mencetus perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat.
Menurut Utusan Malaysia, digelar fenomena ‘mutiara hitam’, amalan kontroversi itu berkembang pesat di daerah Pattaya yang menawarkan pelancong asing persahabatan dan pasangan sementara dengan bayaran.
Amalan yang juga dipanggil perkahwinan sementara, melihat wanita dari kawasan luar bandar yang miskin menjadi teman kepada pelancong, menawarkan perkhidmatan daripada teman santai hingga bertindak sebagai pemandu pelancong.
Kontrak berlangsung di mana-mana sahaja dari beberapa hari hingga beberapa bulan, dengan bayaran mencecah AS$116,000 (RM515,907) bergantung kepada rupa, umur dan pendidikan wanita itu.
Buku baharu nukilan Lavert A. Emmanuel bertajuk Thai Taboo: The Rise of Wife Rental in Modern Society, menyelami dunia gelap tersebut.
Naskhah berkenaan menggambarkan bagaimana amalan tersebut yang dahulunya tersembunyi, kini bertukar menjadi sumber pendapatan ramai golongan muda yang bergelut untuk memenuhi keperluan hidup.
“Ini bukan sekadar pengaturan transaksi. Sesetengah wanita akhirnya berkahwin dengan pelanggan mereka, sementara yang lain mengekalkan hubungan berbayar jangka panjang,” jelas Emmanuel.
Diilhamkan oleh perkhidmatan serupa di Jepun dan Korea Selatan, trend isteri sewa di Thailand memenuhi kesunyian yang datang dengan urbanisasi dan gaya hidup yang mencabar.
Pelancong yang tertarik dengan reputasi Thailand untuk layanan mesra mula mendapatkan perkhidmatan tersebut di bar, restoran atau kelab malam, merundingkan syarat secara langsung dengan wanita terbabit.
Walaupun kerajaan Thailand mengakui kewujudannya, tidak ada undang-undang untuk mengawalnya.
Pengkritik berpendapat kekurangan pengawasan ini menyebabkan golongan wanita di negara itu semakin terdedah kepada eksploitasi.
-wartaoriental
Tiada ulasan:
Catat Ulasan