Utusan Borneo Online
Polis berada di lokasi selepas menerima laporan mengenai kejadian itu.
MUKAH: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditemui meninggal dunia di beranda hadapan sebuah rumah di Kampung Kuala Lama, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar jam 6 pagi.
“Sepasukan anggota polis segera bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut beliau, hasil siasatan awal tidak menemui sebarang kesan pergelutan atau perbuatan khianat yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut dan kes ini diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).
Muhamad Rizal turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya.
oleh
Andy Sabang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan