"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Ini puncanya air banjir bertukar seperti darah

Penduduk terkejut air banjir bertukar seperti darah

Bernama
Banjir merah di Tumpat kerana pewarna dari kilang sos cili. - Foto tangkap layar video ihsan pembaca
TUMPAT: Seorang penduduk Kampung Telaga Bata di sini terkejut apabila banjir di kediamannya berwarna merah seperti 'darah', Ahad lepas.

Mohd Azam Jusoh, 35, berkata perkara itu dimaklumkan isterinya yang mendapati air di sekeliling rumah yang sebelum ini jernih tiba-tiba bertukar warna tersebut.

"Kejadian itu berlaku pada kira-kira 12 tengah hari ketika saya berada di luar kawasan dan isteri saya menelefon memaklumkan air di sekitar rumah telah bertukar warna merah.

"Saya agak terkejut dengan perkara itu lalu meminta isteri mengambil video untuk dihantar kepada saya berhubung kejadian berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Azam berkata melihat kepada video itu dia berasa hairan kerana kawasan rumahnya tidak pernah dilanda banjir 'merah'.

"Setelah disiasat, rupanya ada kilang pewarna sos cili yang sudah lama tidak beroperasi...pewarna sos cili itu berkemungkinan bocor lalu menyebabkan air banjir di kawasan sekeliling rumah bertukar menjadi merah," katanya sambil menambah kilang itu hanya berjarak 300 meter dari rumahnya.

Azam berkata pewarna sos cili itu hanya bergenang dalam air di kawasan rumahnya sekitar 15 minit sebelum beransur hilang.
Sementara itu, tinjauan Bernama di beberapa kawasan di Tumpat mendapati banjir telah surut di kebanyakan laluan utama namun beberapa kawasan kampung, air masih bertakung.
Cuaca di Kelantan ketika ini mendung dan gerimis.
-- BERNAMA

Tiada ulasan: