"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gara-gara bedak talkum seorang lelaki kena penjara 21 hari kerana disangka dadah

KOSMO
Gambar menunjukkan 18 bekas bedak talkum yang dianggap sebagai dadah. - Oddity Central
BUENOS AIRES – Seorang lelaki di Argentina dipenjara selama 21 hari apabila 18 bekas bedak talkum yang dimilikinya disalah anggap sebagai dadah, lapor laman berita Oddity Central semalam. 

Maximiliano Acosta ditahan ketika dalam perjalanan dari bandar Mendoza ke Buenos Aires dengan menaiki bas pada awal Oktober lalu.

Acosta ditahan kerana disyaki memiliki kokain meskipun dia berulang kali memberitahu polis bahawa 18 bekas yang mengandungi serbuk putih itu adalah bedak talkum. 

Lebih mengejutkan apabila ujian mendedahkan kesemua bekas tersebut mengandungi dadah, manakala Acosta dipenjara tanpa pengetahuan keluarganya. 

Dia bagaimanapun tidak berputus ada dan melakukan bantahan agar serbuk putih itu dihantar semula ke makmal. 

“Polis tidak menghubungi ahli keluarga saya, manakala barang-barang yang dirampas telah dicuri semasa saya dipenjarakan. 

“Saya ditahan selama 21 hari sehingga keputusan kedua dikeluarkan. Ujian mendedahkan bahawa serbuk putih itu adalah bedak talkum. 

“Saya hanya dilepaskan di sebatang dan terpaksa meminta pengguna jalan raya untuk menghantar pulang ke rumah,” tambah Acosta. – AGENSI

Tiada ulasan: