"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita ditahan disyaki simbah air panas pada anak

Bernama

KLUANG: Polis menahan seorang suri rumah kerana disyaki mendera anak kandung perempuannya yang berusia 10 tahun dengan menyimbah air panas sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di Kampung Tengah.

Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh, berkata suspek berusia 32 tahun ditahan di sebuah rumah di kampung itu pada 12.15 tengah malam semalam.

“Polis dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh guru besar sekolah mangsa pada Khamis lepas, selepas seorang pelajar perempuan didapati telah disimbah air panas sehingga menyebabkan kesan melecur yang teruk di bahagian belakang badan.

“Pemeriksaan lanjut oleh pengadu turut mendapati terdapat kesan lebam di kaki kanan dan pipi kiri serta kesan lecur di kaki kiri kanak-kanak tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut di hospital mengesahkan mangsa mengalami kecederaan akibat penderaan yang didakwa dilakukan oleh ibu kandungnya.

“Kesan kecederaan termasuk luka lecur telah mula sembuh di bahagian belakang badan,”katanya.

Katanya, suspek kini ditahan reman enam hari bermula hari ini hingga Ahad dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Tiada ulasan: