Agensi
ITAMAR Ben-Gvir. FOTO fail AFP
Baitulmaqdis: Menteri keselamatan negara, Itamar Ben Gvir, pada Ahad lalu, mengarahkan polis untuk melarang laungan azan dari masjid, dengan mendakwa ia "mengganggu" penduduk Yahudi, lapor Middle East Eye.
Dia mengarahkan pihak berkuasa untuk merampas pembesar suara dan mengenakan denda kepada masjid yang berbuat demikian.
Ben Gvir mempertahankan langkah itu sebagai perlu untuk memerangi "bising yang tidak munasabah" dan pelanggaran undang-undang.
Dalam temu bual dengan Saluran 12, Ben Gvir berkata, dia "berbangga" untuk bergerak ke hadapan dengan dasar "menghentikan bunyi yang tidak munasabah dari masjid dan sumber lain yang menjadi bahaya bagi penduduk Israel".
"Dalam perbahasan kami, timbul bahawa kebanyakan negara barat, malah beberapa negara Arab, mengehadkan bunyi bising dan mempunyai banyak undang-undang mengenai perkara itu. Ia hanya diabaikan di Israel," kata pejabat Ben Gvir dalam satu kenyataan.
Dalam catatan di X, dia menggelar azan sebagai "bahaya" kepada penduduk Israel yang berdekatan. Rakyat Palestin Israel, bagaimanapun, melihat larangan itu sebagai serangan provokatif terhadap komuniti dan hak agama mereka.
Ahmad Tibi, ahli parlimen dan pemimpin Parti Taal, mengecam keputusan itu.
"Pada masa lalu, terdapat percubaan untuk meluluskan undang-undang menentang azan di bandar (dengan penduduknya) bercampur (agama). Pendirian kami dalam isu ini, dalam sektor Arab, adalah untuk menentang kemasukan polis. Azan akan diteruskan kerana Islam akan berterusan."
Tibi kemudian menuduh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berada di belakang tindakan Ben Gvir, dengan berkata: "Dia adalah ketua, dan dia bertanggungjawab untuk perkara ini dan akibat sukar yang boleh berlaku jika perkara ini menjadi kenyataan".
Penyokong hak asasi manusia dan datuk bandar-bandar penduduk Palestin mengecam larangan itu sebagai satu lagi tindakan diskriminasi oleh Kerajaan Israel.
-hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan