"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita maut dipercayai dibunuh anak

Mohamad Fahd Rahmat
am@hmetro.com.my
GAMBAR tular menunjukkan pasukan forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian di Felda Ayer Hitam.
GAMBAR tular menunjukkan pasukan forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian di Felda Ayer Hitam.
Kluang: Wanita ditemui maut dipercayai ditikam anaknya dengan senjata tajam di belakang badan dalam kejadian di Felda Ayer Hitam, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku pada 10.45 pagi dengan suspek berusia 20-an sudah ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk perintah reman esok.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan semakan menunjukkan suspek tiada rekod jenayah lampau serta ujian saringan negatif dadah.

"Terdahulu, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai wanita tempatan lingkungan usia 50-an ditemui terbaring tidak sedarkan diri di rumahnya.

"Wanita itu telah dibawa ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom dan disahkan meninggal dunia pada kira-kira 11 pagi.

"Susulan itu, seorang lelaki tempatan ditahan di Felda Ayer Hitam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: