Siti Rohana Idris
am@hmetro.com.my
Tumpat: Dua kematian akibat lemas di daerah Machang, dekat sini hari ini menjadikan korban banjir seramai lima orang di Kelantan setakat ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kedua-dua mangsa adalah lelaki warga emas berusia 72 dan 78 tahun.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa dikatakan melihat ternakan mereka di dua lokasi berasingan iaitu Kampung Kuala Sat dan Gelung Gajah.
"Kejadian pertama membabitkan mangsa berusia 72 tahun di Kampung Kuala Sat yang dikatakan melihat ternakan lembunya di parit sebelum ditemukan lemas oleh ahli keluarga jam 8 pagi tadi.
"Kes kedua pula membabitkan mangsa berusia 78 tahun di Kampung Gelang Gajah ketika melihat kambingnya yang ditempatkan di rakit yang dijadikan tempat perlindungan ternakan itu.
"Mangsa lemas ketika memantau haiwan peliharaan itu di rumah rakit bersebelahan rumahnya dengan menaiki perahu," katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.
Mohd Yusoff berkata, pihak berkuasa sudah menasihati keluarga kedua-dua mangsa supaya berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) awal namun enggan dipatuhi.
Katanya, ia berikutan mereka sayang untuk meninggalkan ternakan dan sanggup berulang-alik menaiki perahu untuk ke tempat ternakan diletakkan.
"Kita menasihati supaya orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko banjir agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan