"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

17 juta MyKad rakyat Malaysia didakwa bocor, sedang dijual di ‘dark web’


SITI NUR ZAWANI

Maklumat kad pengenalan milik 17 juta rakyat Malaysia didakwa bocor dan dijual secara haram di laman web gelap.

Sebuah akaun X menggunakan nama Fushion Intelligence @ StealthMole mendakwa, sampel MyKad Malaysia telah dikongsi secara terbuka di laman web gelap berkenaan.

Ia juga menunjukkan bukti banyaknya MyKad rakyat Malaysia yang telah bocor.

“Didakwa bahawa data 17 juta MyKad warga Malaysia telah dibocorkan dan sedang dijual di web gelap. 

“Sebagai bukti, mereka telah berkongsi secara terbuka sampel kad pengenalan Malaysia di web gelap,” katanya.

Akaun X itu berkata, pelanggaran data besar-besaran ini menimbulkan kebimbangan kerana ia boleh membawa kepada jenayah serius seperti kecurian identiti dan penipuan kewangan.

Ianya bukan isu baharu kerana dua tahun lalu, terdapat dakwaan maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Astro dan Maybank antara 13 juta data pengguna yang dibocorkan di sebuah laman web dikenali sebagai ‘dark web’.

Kira-kira 3.5 juta maklumat yang didakwa merupakan pengguna Astro bocor disusuli dengan 1.8 juta maklumat Maybank dan 7.2 juta maklumat SPR.

Tiada ulasan: