Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
Kapal kargo terbakar pada kedudukan 9.1 batu nautika dari Batu Pahat. FOTO Ihsan APMM
Batu Pahat: Seramai 19 kru diselamatkan selepas kapal kargo berdaftar di negara ini terbakar pada kedudukan 9.1 batu nautika dari Tanjung Laboh.
Kebakaran berlaku 8.30 pagi semalam ketika kapal itu dalam perjalanan ke Kota Kinabalu.
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Mohammad Zaini Zainal Abidin berkata, dua kapal peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bot pasukan Polis Marin digerakkan ke lokasi selepas pihaknya menerima aduan pada 8.40 pagi.
"Siasatan mendapati, seramai 19 kru terdiri seorang warga tempatan manakala 18 warga Filipina. Semua dilapor selamat dan dipindahkan ke bot peronda APMM sebelum dibawa ke jeti," katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, ketika ini kerja memadam api masih giat dijalankan dan setakat ini tiada laporan tumpahan minyak di perairan susulan insiden.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan