KOSMO!
Polis meleraikan pergaduhan orang ramai di hadapan restoran Mie Gacoan. - Istimewa
JAKARTA – Tiga individu ditahan polis kerana menggunakan senjata tajam ketika berebut tempat letak kereta di satu majlis pembukaan rasmi sebuah restoran, lapor laman berita Sin Po kelmarin.
Kejadian berlaku di Bangkalan, wilayah Jawa Timur pada Sabtu lalu.
Sebelum polis tiba, berpuluh-puluh pengunjung saling berebut kotak parkir sehingga mencetuskan kekecohan di hadapan restoran Mie Gacoan.
“Berlakunya kekecohan di majlis pembukaan rasmi restoran Mie Gacoan.
“Pasukan Unit Siasatan Jenayah Polis Bangkalan dikerah ke lokasi kejadian dan kami menahan tiga individu kerana didapati membawa senjata tajam,” kata Ketua Polis Bangkalan, Asisten Komisioner Besar Polis Febri Isman Jaya.
Tambah Febri, tempat letak kereta itu sepatutnya diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan, dan kejadian tersebut hanya salah faham.
“Mereka bergaduh kerana berebut tempat parkir. Mungkin tidak berpuas hati dari segi penyelarasan penganjur,” ujarnya. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan