"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tahan suami bekas model, Zahnita Wilson

FADILA AWALUDIN dan ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
SUAMI Zahnita Wilson ditahan polis hari ini selepas bekas model itu membuat pendedahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
PETALING JAYA – Suami Zahnita Wilson ditahan pihak berkuasa hari ini selepas bekas model itu membuat pendedahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga dalam media sosial.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu.

Bagaimanapun, Wan Mohd. Zahari tidak memperincikan tentang penahanan tersebut.

“Ya, suspek sudah pun ditahan hari ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Zahnita atau nama lengkapnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, sebelum ini mendedahkan bahagian mata kirinya lebam didakwa akibat dipukul suaminya.

Pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja itu turut mengakui sudah lama menjadi mangsa keganasan rumah tangga, sementara pergaduhan dengan suaminya itu terjadi selepas dia bertanyakan tentang kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Difahamkan, Zahnita yang kini berada di Kuantan, Pahang menanti peguamnya dari Kuala Lumpur bagi membincangkan tindakan susulan berkaitan kes tersebut.

Terdahulu, personaliti popular itu pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013.

Dia turut mendedahkan bahawa rumah tangga mereka sudah mula bergolak sejak penghujung tahun 2011.

Bagaimanapun, ikatan perkahwinan itu dapat diselamatkan dan hubungan mereka kembali pulih.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2005 itu dikurniakan empat cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: