Agensi
(kanan) TANGKAP layar rakaman video sebelum Kamilla Belyatskaya dihanyutkan ombak. FOTO Agensi
Bangkok: Hasrat mencari ketenangan bertukar tragedi buat seorang pelakon wanita dari Rusia yang maut selepas dihanyutkan ombak besar maut ketika melakukan yoga di pulau Koh Samui, Thailand iaitu destinasi kegemarannya.
The Sun melaporkan, Kamilla Belyatskaya, 24, dirakam video beberapa saat sebelum dia hanyut ke laut dan yang tinggal adalah tikar yoga merah jambunya.
Satu rakaman video mengerikan menunjukkan pelakon itu terkapai-kapai bergelut dan hanyut dalam arus deras.
Seorang lelaki asing dilaporkan berusaha menyelamatkan Kamilla tetapi tidak berjaya.
Mayatnya ditemui kira-kira satu kilometer (km) dari tempat dia dihanyutkan.
Difahamkan, Kamilla yang berasal dari Novosibirsk, Rusia ke pulau kedua terbesar di Thailand bersama teman lelakinya.
Terdahulu, Kamilla memberitahu pengikut media sosialnya betapa dia menyukai Koh Samui dan dalam perjalanan ke pulau yang digelarnya sebagai rumah dan tempat terbaik di dunia
"Saya sangat menyayangi Samui. Pantai berbatu ini adalah perkara terbaik yang pernah saya lihat dalam hidup saya.
"Terima kasih, alam semesta, kerana saya berada di sini sekarang," tulisnya.
Kamilla ke Lad Ko Viewpoint untuk melihat ombak dan dilihat tiba berhampiran dengan kereta merah sebelum kelihatan bersendirian ke batu.
Dia mengambil tikar merah jambu dari but keretanya sebelum berjalan ke tempat yang menawarkan panorama indah pulau itu.
Kemudian tikar itu dilihat terapung di laut Koh Samui, salah satu pulau paling popular di Thailand.
Laut yang bergelora menghalang pasukan penyelamat.
Mereka tiba hanya 15 minit selepas Kamilla dihanyutkan ke laut dan tiada apa yang boleh mereka lakukan untuk menyelamatkan pelakon muda itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan