"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki kena paksa makan tikus, babi kerana enggan jadi ‘scammer’

MARLIA ZAKARIA
Sal (tengah) dan Ika (kiri) ketika bercakap pada sidang akhbar anjuran Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 31 tahun terpaksa menanggung azab diseksa serta dipaksa makan tikus dan babi ekoran enggan menipu seperti diarahkan sindiket pemerdagangan manusia di Kemboja.

Kakak mangsa dikenali sebagai Ika, berkata, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya itu sebelumnya terlebih dahulu bersetuju menerima ajakan rakannya untuk bekerja di sebuah kilang gula apong di Sarawak.

Namun, setelah tiba di Sarawak pada 31 Julai lalu, mangsa yang sepatutnya pulang ke Semenanjung pada 19 Ogos, sebelum itu diperkenalkan pula dengan seorang lagi individu yang menawarkan pekerjaan di sebuah hotel di ‘seberang’ Sarawak dengan tawaran gaji sebanyak RM5,000.

“Masa tu kami rasa tak sedap hati minta jangan terima tawaran tu dan suruh dia balik tapi kawannya yang lain tawarkan untuk belikan tiket dan dahulukan duit pasport untuk ke ‘seberang’ Sarawak.

“Masa tu dia tak fikir panjang dan terus pergi. Tiba-tiba keesokkannya (20 Ogos), dia (mangsa) telefon maklumkan dah sampai Kemboja. Bila tanya tentang pasport, dia beritahu dah beri pada agen dan kena ikut kontrak setahun sebagai scammer,” katanya pada sidang akhbar anjuran Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), di sini, hari ini.
5g Final5g Final

Dalam pada itu ibu mangsa, Sal, 54, berkata, selepas itu mangsa kerap menghubunginya dan mengadu akan dipukul setiap kali gagal untuk mendapatkan ‘sale’ (jualan).

Menerusi panggilan video katanya, jelas kelihatan kecederaan teruk pada seluruh badan anaknya yang merupakan anak kedua daripada empat beradik itu akibat dipukul.

“Dia cakap setiap hari tak dapat ‘sale’ sebab tak sanggup tipu orang. Berat dia dari 50 kilogram (kg) dah turun ke 40 kg. Selain dipukul, dia juga direnjat elektrik, tak dibagi makan dan kurung dalam bilik gelap. Dia cakap tak sampai hati nak tipu orang. Kalau tak dapat ‘sale’, mati pun matilah.

“Anak juga merayu-rayu minta bayar tebusan sebanyak RM12,000 sebelum 31 Disember ni. Kalau gagal dia kata akan dikurung dalam bilik gelap tanpa makanan dan kami dah buat laporan polis pada Ahad lalu,” ujarnya. – KOSMO!

Tiada ulasan: