"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengasuh disyaki cubit telinga, pipi bayi hingga lebam direman 4 hari

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
KESAN kecederaan pada telinga dan pipi bayi lelaki berusia 11 bulan yang dipercayai dicubit pengasuh di sebuah taska di Puncak Alam, Sungai Buloh. FOTO Ihsan Polis.
KESAN kecederaan pada telinga dan pipi bayi lelaki berusia 11 bulan yang dipercayai dicubit pengasuh di sebuah taska di Puncak Alam, Sungai Buloh. FOTO Ihsan Polis.
Sungai Buloh: Seorang pekerja taman asuhan kanak-kanak (taska) diberkas polis selepas disyaki mencubit pipi dan telinga bayi lelaki berusia 11 bulan sehingga lebam.

Penahanan wanita berusia 24 tahun yang bekerja di taska di Puncak Alam di sini, dibuat sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, polis menerima laporan daripada bapa mangsa pada 1.16 tengah hari.

"Berdasarkan laporan, pengadu menyatakan menerima panggilan daripada isterinya memberitahu terdapat kesan lebam di pipi dan telinga kanan bayi mereka selepas mengambil bayinya itu di taska berkenaan kira-kira 6.15 petang, Jumaat lalu.

"Pengasuh mendakwa kesan lebam itu akibat jatuh dari meja di dalam taska.

"Namun pada 7.30 malam, penyelia taska menghubungi pengadu memaklumkan kesan lebam itu berpunca daripada perbuatan pekerjanya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hafiz berkata, berikutan kejadian itu pengadu membuat laporan polis dan membawa anaknya ke Hospital Sungai Buloh, untuk tindakan lanjut.

Katanya, polis yang menjalankan siasatan menahan wanita itu di pekarangan IPD Sungai Buloh pada 6.50 petang.

Menurutnya, wanita itu direman empat hari bermula semalam sehingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Tiada ulasan: