"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja perempuan hilang: ‘Kalau nampak Nur Soleeha beritahu polis’

ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Nur Soleeha Sorfina.
KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang hilang dari rumahnya di Taman Sri Inderapura di sini sejak semalam.

Mangsa Nur Soleeha Sorfina Zabri,14, yang disyaki mengikut teman lelaki disedari hilang oleh ibunya kira-kira pukul 3 pagi semalam sebelum ibu mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kali terakhir ibunya melihat mangsa ialah pada waktu siang hari yang sama sebelum mendapati anak perempuannya tiada di dalam bilik pada pukul 3 pagi.

“Pengadu yang berusia 50 tahun telah mencari di sekitar kawasan Kuantan tetapi gagal menemukan Orang Hilang dan pengadu syaki mangsa keluar mengikut kawan lelakinya.

“Pihak polis telah merakam percakapan pengadu dan membuat hebahan kehilangan Orang Hilang serta masih melakukan siasatan bagi mengesan Orang Hilang,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya kes diklasifikasikan sebagai Orang Hilang dan usaha mengesan mangsa masih giat dilakukan pihak polis.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat atau terjumpa dengan mangsa boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: