"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kebanyakan pemimpin UMNO memang tak boleh dijadikan contoh tauladan

Tok Mat merokok di kedai makan: Ini respons menteri kesihatan

Malaysiakini 
story-image
Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad menegaskan tiada sesiapa yang terlepas daripada undang-undang Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) jika merokok dalam restoran.

Dalam satu hantaran di X, Dzulkefly mengulas pemilik akaun X yang mendakwa Menteri Luar, Mohamad Hasan sedang merokok di sebuah restoran.

"Setelah Akta 852 (Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awan, 2024) berkuatkuasa pada 1 Oktober yang lalu, saya berpegang kepada prinsip bahawa ‘Tiada siapa yg boleh mengatasi undang-undang," balas Dzulkefly di X.

Dzulkefly mengulas gambar yang dimuat naik di akaun @MsianInciter memaparkan individu dipercayai Mohamad sedang memegang rokok bersama sekumpulan lelaki.
Menurut akaun X berkenaan Timbalan Presiden Umno itu didakwa merokok di sebuah kedai makan ketika pulang ke kawasan.

Pemilik akaun itu juga memaparkan poster mengenai 28 tempat larangan merokok oleh Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut berkenaan tarikh dan masa perbuatan itu dilakukan, selain nama restoran itu juga tidak didedahkan.

Dzulkefly berkata, Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Oktober lalu akan dilaksanakan tanpa dwistandard.

Bagaimanapun Dzulkefly tidak mengesahkan sama ada individu berkenaan adalah Mohamad seperti didakwa pengguna media sosial.

Tiada ulasan: