"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 maut 2 cedera parah dalam kemalangan kereta bertembung, terbalik beberapa kali

Kereta bertembung, terbalik beberapa kali, 2 maut

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
KEADAAN kereta Mecedes Benz yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Lencong. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI
KEADAAN kereta Mecedes Benz yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Lencong. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI
Alor Setar: Dua maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Lencong Barat, di sini hari ini.

Difahamkan, kemalangan itu membabitkan kereta Mercedes Benz dengan kereta Hyundai berhampiran pusingan U.

Dalam kejadian jam 8.50 malam itu, seorang daripada mangsa yang maut berada di atas bumbung kereta Mercedes Benz manakala seorang lagi berada di atas jalan.

Dua lagi mangsa yang parah pula turut berada di atas jalan raya manakala pemandu kereta Hyundai itu dipercayai mengalami cedera ringan.

Berdasarkan maklumat saksi di lokasi kejadian, kereta Mercedes terbabit dipercayai terbalik beberapa kali selepas kemalangan sebelum berhenti di atas pembahagi jalan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Salim Abd Razak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 8.53 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Jalan Raja tiba di lokasi tidak lama kemudian.

"Sebaik tiba di lokasi didapati kemalangan itu membabitkan dua kereta yang dipercayai bertembung.

"Dua daripada mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Tindakan operasi yang dilakukan adalah dengan mengeluarkan mangsa yang mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dengan ambulans KKM," katanya.

Tiada ulasan: