Tak perlu tahanan rumah, Najib patut bebas sepenuhnya - Nik Abduh
Malaysiakini
Senator PAS Nik Mohamad berpendapat bekas perdana menteri Najib Razak tidak perlu mendapatkan tahanan rumah, sebaliknya bebas sepenuhnya.
“Saya tidak cadangkan beliau diberi tahanan rumah.
“Hak beliau adalah bebas sepenuhnya,” kata anak bekas tokoh legenda PAS allahyarham Nik Aziz Nik Mat.
Awal bulan ini, anak Najib, Mohd Nizar memfailkan afidavit bahawa Sultan Pahang memberitahunya tentang kewujudan titah tambahan untuk membolehkan bapanya menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah.
Kerajaan setakat ini tidak mengesah atau menafikannya perkara itu.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberitahu parlimen bahawa dia tidak boleh mengulasnya kerana ia telah menjadi urusan mahkamah.
Menulis di media sosial hari ini, Nik Abdul menyatakan pendirian itu setelah lama diam daripada mengulas isu itu.
Berdasarkan fakta-fakta dalam perbicaraan mahkamah, Nik Abduh percaya dia tidak melakukan sebarang kesalahan.
*Kalau semua ahli PAS kata Najib tak bersalah pun tapi mahkamah dapati dia bersalah wajib lah jalani hukuman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan