Harapandaily
NORMAN RADZUAN
Mudahnya Mahathir bodohkan orang Melayu. Selagi parti politik layan Mahathir selagi itu dia berkeliaran. Jangan biar Mahathir tunggang orang Melayu.
Bila membaca kembali kenyataan Mahathir sejak zaman dia melepaskan jawatan sebagai PM lagi, kita akan rasa tersakiti.
Baru kita tahu betapa jahatnya perangai Mahathir dan dia dilihat banyak membawa keburukan dari kebaikkan utuk negara.
Sejarah Mahathir ramai pemimpin Melayu menjadi korbannya. Mahathir sering ulang skrip yang sama. Era 60-an kerana dendamnya kepada Tunku Abdul Rahman, Mahathir hasut orang Melayu membenci Tunku kononnya Bapa Kemerdekaan itu mesra dengan bangsa Cina.
Skrip yang sama dia menyerang Anwar dikaitkan juga kononnya Melayu terancam di bawah pemerintahan Anwar kerana melayani Cina DAP.
Pas juga pernah dibuli Mahathir. Terkorbannya ahli kerana kes Memali, disumbat pemimpin Pas ke dlm ISA, menghentikan peruntukan bantuan kepada sekolah agama di seluruh negara pada tahun 1999 dan banyak lagi kekejaman dilakukannya.
Apabila Mahathir mendapat kembali kuasa sebagai PM, UMNO menjadi mangsa apabila rumah Najib digeledah. Bukan reformasi yang dilakukan tetapi dendamnya kepada Najib hingga meringkuk mantan PM itu ke dalam penjara.
Kes Batu Puteh pada tahun 2022, Mahathir menyalahkan kerajaan Johor atas kehilangan pulau itu.
Katanya, “Kehilangan Pulau Batu Puteh bukan masalah besar. Adalah kesilapan Kerajaan Johor menafikan bahawa pulau itu adalah milik Johor. Sekiranya penafian itu tidak dibuat, tidak akan ada pertikaian sekarang.”
Kerajaan Johor dipersalahkan sedangkan dirinya yang tanpa berunding dengan kerajaan negeri Johor dan Sultan serta anggota Kabinet telah menbuat keputusannya sendiri.
Jahatnya Mahathir dia boleh salahkan tiga menteri Kabinetnya. Sekejap salah kerajaan Johor, sekejap lagi dia salahkan Menteri Kabinetnya.
Sakitnya hati melihat perangai orang tua ini bila dia boleh spin begitu sahaja. Lebih jahat dia membodohkan orang Melayu bahawa pulau itu hanya sebesar meja.
Mahathir boleh spin untuk membodohkan orang Melayu dengan alihkan isu dengan mencadangkan supaya Malaysia menuntut semula Riau dan Singapura sebab kedua pulau itu asalnya ‘Tanah Melayu’ berdasarkan sejarah.
Jika begitu kenapa Mahathir tak suruh tuntut sahaja Patani, Golok, Yala dan lain-lain? Memang tersakiti bila mendengar ulasan bodohnya itu.
Memang benar Pulau Batu Puteh kecil tetapi perairan negara terkesan jauh lebih besar dari Pulau Batu Puteh tersebut.
Selagi parti-parti politik melayani Mahathir dengan memberi platform untuk dia bersuara selagi itu lah negara ini tidak aman. Orang Melayu terus berpecah belah dengan hasutannya.
Sampai bila kita nak biarkan orang Melayu ikut telunjuknya. Dah 60 tahun dia mencaturkan politik negara… hanya dengan bersatu parti-parti politik negara ini untuk tidak membenarkan Mahathir mengambil kesempatan membodohkan orang Melayu, negara ini akan aman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan