"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengantin bersanding di tanah kubur

KOSMO!
PASANGAN pengantin bersanding di jawasan kubur di Simpang, Madura. - Foto TikTok@_zaini_93.
JAKARTA – Satu rakaman video di Simpang, Indonesia tular kerana memaparkan majlis perkahwinan yang diadakan di atas tanah perkuburan, lapor laman berita Banjarmasin Post hari ini.

Pelamin acara raja sehari itu didirikan di tepi sejumlah kubur dan di hadapan rumah pengantin. Semasa majlis berlangsung,  ramai tetamu dilihat menjamu selera di kawasan perkuburan tersebut.

Rakaman video suasana majlis perkahwinan itu menjadi tular di media sosial selepas dimuat naik di platform TikTok menerusi akaun @_zaini_93.

Dalam majlis itu, pasangan pengantin berkenaan memakai pakaian sedondon berwarna putih.

Majlis perkahwinan itu mendapat komen daripada netizen dengan ada yang menulis: “Jika siang tenang tetapi bagaimana waktu malam, seram.”

Seorang lagi netizen menulis: “Tidak adakah tempat lain (untuk mengadakan majlis perkahwinan).” – AGENSI 

Tiada ulasan: