"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan negeri dibawah kepimpinan ulama, teratas salah guna dadah?

Kelantan teratas salah guna dadah, kata menteri

FMT Reporters

PETALING JAYA: Kelantan dalam senarai teratas kadar penyalahgunaan dadah, diikuti Terengganu, Perlis, dan Kedah, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, ia berdasarkan nisbah per 100,000 penduduk.

“Pendang, Kedah pula menjadi daerah mencatatkan kes penyalahgunaan dadah tertinggi, diikuti Kuala Krai dan Bachok di Kelantan,” katanya menurut Bernama selepas selepas merasmikan program di Padang Serai.

Saifuddin berkata, methamphetamine atau syabu dan amphetamine-type stimulants (ATS) merupakan dadah paling banyak disalahgunakan, yang didapati meningkat 34.4%.

“Dadah jenis ganja pula meningkat 63.4% dengan 7,121 kes direkodkan…trend ini menunjukkan ancaman serius dadah sintetik dan konvensional,” katanya.

Beliau berkata beberapa langkah penguatkuasaan bagi mengekang penyeludupan dadah telah dijalankan termasuk pengukuhan kawalan sempadan seperti di Sungai Golok, Kelantan.

Dalam pada itu, secara keseluruhannya kadar penyalahgunaan dadah di negara ini menunjukkan trend menaik setiap tahun sejak 2022.

Beliau berkata, pada 2022 sebanyak 137,176 individu direkodkan terlibat dalam penyalahgunaan dadah, 145,526 individu pada 2023, manakala 192,857 pada tahun lalu.

“Sebanyak 61% daripada jumlah penagih pula berusia lingkungan 15 hingga 39 tahun…data ini dikumpulkan daripada polis, Kementerian Kesihatan, Agensi Antidadah Kebangsaan serta 55 pusat pemulihan swasta,” katanya.

Tiada ulasan: