"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pasangan asing agresif dikeluarkan dari pesawat AirAsia

FMT Reporters

PETALING JAYA: Sepasang warga asing dikeluarkan dari penerbangan AirAsia ke China di Terminal 2 KLIA semalam, selepas mencetuskan kekecohan dalam pesawat, menurut pihak berkuasa.

Ketua Polis KLIA, Azman Shari’at, berkata petugas keselamatan campur tangan selepas pasangan itu berkelakuan seperti kurang siuman sehingga mengganggu penumpang lain.

Menurutnya, pasangan itu kemudian dibawa ke balai polis untuk pertanyaan, tetapi mereka gagal memberi kerjasama dan bertindak agresif.

Beliau berkata, polis mendapatkan bantuan Kementerian Kesihatan selepas mengesyaki pasangan itu kurang siuman dan mereka diberikan ubat penenang selepas pemeriksaan.

“Selanjutnya pihak polis membawa pasangan tersebut ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang bagi menjalani pemeriksaan kerana dipercayai kurang siuman dan mereka ditahan di wad hospital,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, tiada tangkapan ke atas pasangan itu kerana polis hanya menjalankan pertanyaan awal.

Azman berkata, kedua-duanya disahkan negatif dadah dan mereka ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut.

Tiada ulasan: