"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis terima repot ular sawa dilepas dalam longkang

FMT Reporters

Laporan dibuat seorang lelaki di Balai Polis Putra Heights pada 3 Feb lalu.
Beberapa rakaman video memaparkan individu terbabit melepaskan ular sawa di dalam longkang tular di media sosial.
PETALING JAYA: Polis menerima laporan kes individu melepaskan ular sawa dalam longkang di Jalan Persiaran Putra Permai, Putra Heights.

Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat, berkata laporan dibuat seorang lelaki tempatan di Balai Polis Putra Heights kira-kira 10.15 pagi, 3 Feb lalu.

Katanya, pengadu menyatakan melihat rakaman video memaparkan tiga individu melepaskan tiga ular sawa di longkang.

“Laporan dibuat pengadu kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga di kemudian hari.

“Siasatan dijalankan Balai Polis Putra Heights mendapati ular tersebut dilepaskan pada pertengahan Januari lalu,” katanya dalam kenyataan, menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, kes dirujuk kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, beberapa rakaman video memaparkan individu terbabit melepaskan ular sawa di dalam longkang tular di media sosial.

Mereka dilihat membawa tiga bungkusan berisi ular sawa sebelum melepaskannya di kawasan berkenaan.

Tiada ulasan: