Noor Sara Mohamad Hanif
am@hmetro.com.my

AHLI keluarga berkumpul di Jabatan Forensik, Hospital Tuanku Fauziah, hari ini. FOTO Noor Sara Mohamad Hanif
Kangar: Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) maut manakala tiga lagi rakan setugas cedera ketika menjalankan operasi di perairan Sungai Padang, dekat sini, tengah malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika mereka sedang menjalankan operasi pemantauan dan kawalan sempadan.
Usaha mendapatkan maklumat lanjut daripada Maritim Malaysia masih belum berjaya setakat ini, namun difahamkan pihak berkuasa terbabit dijangka mengeluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, difahamkan mangsa yang meninggal dunia dilaporkan meninggalkan seorang isteri dan dua cahaya mata yang masing-masing berusia 14 dan 11 tahun.
Ketika ini, ahli keluarga mangsa dikatakan sedang berkumpul di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, bagi menunggu urusan memandikan jenazah selesai.
Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampung halamannya di Kuala Nerang, Kedah, hari ini selepas bedah siasat selesai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan