"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saya tak akan cerai isteri, PAS yang langgar bai’ah

Khalid Samad tidak akan menceraikan isterinya kerana PAS Selangor tidak pernah mengangkat sumpah bai'ah sedemikian jika ahlinya bertindak keluar daripada parti itu.

Bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu sebaliknya membidas parti Islam itu yang disifatkannya "melanggar bai'ah kepada ahlinya" dan lari daripada perjuangan asal.

"Parti yang langgar bai'ah, bukan kami. PAS yang lari daripada perjuangan sebenar," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya di Parlimen hari ini.

Khalid merupakan salah seorang daripada kumpulan progresif PAS yang menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB), yang akan menjadi tapak kepada penubuhan gabungan parti politik pembangkang yang baharu.

Beliau menafikan ada mengangkat "bai'ah cerai isteri" seperti yang dikatakan, menjelaskan yang sumpah tersebut tidak dimasukkan dalam bai'ah semasa pilihan raya umum 2013 (PRU13) lalu.

"Masa PRU13, sumpah cerai isteri tidak termasuk dalam bai'ah PAS Selangor," katanya.

Mengenai kemungkinan dipecat daripada PAS susulan menyertai GHB, Khalid berkata, keputusan muktamad terletak di tangan parti.

Beliau bagaimanapun mengakui menyedari risiko terkeluar daripada parti serta-merta dengan penyertaannya dalam parti baharu itu.

"Kalau tak dipecat pun, jika saya menyertai kumpulan baharu ini, secara automatik saya pun terkeluar daripada PAS," katanya.

Bagaimanapun, Khalid berkata, kemungkinan wakil rakyat PAS di Kelantan dan Terengganu ada mengangkat sumpah bai'ah sedemikian.

Ahad lepas, Yang Dipertua PAS Rantau Panjang Abdul Fatah Harun dilaporkan berkata, mana-mana ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Kelantan yang berhasrat meninggalkan parti itu dan menyertai Gerakan Harapan Baru harus merujuk semula sumpah bai'ah talak tiga ke atas isteri masing-masing yang dibuat sebelum ini.

Katanya, sumpah bai'ah bukan perkara baru dan menjadi amalan parti itu di Kelantan sejak 1990, yang mana semua wakil rakyat mengangkat sumpah di depan pesuruhjaya PAS negeri.

"Maknanya kalau keluar parti sukarela atau cara lain mereka ini termaktub dalam bai'ah tersebut, kecuali mereka ini terkeluar parti kerana kes jenayah, gila dan sebagainya," katanya dipetik berkata kepada Astro Awani. –
-malaysianinsider-

IGP, Tan Sri Khalid Abu Bakar gelar Papagomo beruk

khalid_papagomo_watsup_600_2
SHAH ALAM: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan bahawa beliau pernah menghubungi blogger Papagomo berhubung insiden pergaduhan di Plaza Low Yat.

Katanya, beliau langsung tidak pernah menghubungi Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris dan menyifatkan blogger yang sering mengeluarkan kenyataan perkauman itu seperti binatang.

“Saya tidak pernah WhatsApps dia. Saya menafikan saya pernah ber Whatsapp dengan orang ini atau beruk ini,” katanya dalam sidang media di I-City, Shah Alam pada Rabu.

Minggu lalu, tersebar di laman sosial yang diviralkan mengenai paparan skrin yang yang mendakwa Khalid sedia menyelesaikan ‘isu Low Yat’ dengan bayaran RM20,000.

Manakala satu lagi paparan skrin dimuatnaik pada petang Isnin yang menafikan perbualan Papagomo dan Khalid.

Peguam Papagomo, Ahmad Shuaib Ismail menjelaskan akaun Facebook itu bukan kepunyaan anak guamannya.

Papagomo telahpun meminta maaf kepada Khalid susulan kejadian itu.

“Saya dahpun padamkan. Minta hal ini jangan diperbesarkan boleh? Masih Hari Raya dan saya harap Tan Sri boleh maafkan kesilapan saya,” tulis Papagomo.

Manakala, ia didakwa dibalas oleh Khalid, “Ok, tapi kamu jangan buat lagi Azri.

“This is nation matter… deal with it or silent.”
-fmt-

PAS bakal jadi kera sumbang apabila Anwar mengumumkan muafakat politik baru untuk selamatkan M'sia tanpa PAS

anwar_bersih_ikram_harapan_abim_pkr_600Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan usaha mewujudkan permuafatakatan politik yang lebih utuh bersama pelbagai NGO progresif termasuk Gerakan Harapan Baru demi meneruskan perjuangan menyelamatkan Malaysia.
Menurutnya, negara kini terus berada dalam krisis yang semakin teruk termasuk nilai ringgit yang merudum, dakwaan rasuah dan skandal kewangan yang belum pernah disaksikan sejak Merdeka lagi, walaupun kerajaan BN terus menafikannya.

"Di saat genting ini, rakyat Malaysia perlu bersatu dan bertekad untuk menyelamatkan negara kita," tegasnya dalam satu perutusannya melalui peguamnya.

"Kita sedang berusaha mewujudkan muafakat politik yang lebih utuh, dan akan bekerjasama dengan semua gerakan progresif termasuk NGO seperti BERSIH, ABIM, IKRAM dan Gerakan Harapan Baru yang baru sahaja diwujudkan.

"Permuafakatan ini merupakan kesepakatan kumpulan-kumpulan yang komited kepada reformasi dan perubahan, yang akan memberikan pilihan yang benar-benar demokratik dan adil kepada Rakyat," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia supaya mengetepikan segala pertimbangan dan perbezaan yang lain sebaliknya memberikan fokus kepada perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia.
-malaysiakini-